Dunia tanpa laman sosial dan aplikasi sosial

Hari ini percubaan ketiga aku hidup tanpa facebook

nikmatnya tanpa facebook, ah, 

terkeluar dari senarai ‘to do list’ dah muka buku 

berkuranglah juga aktiviti tidak produktif dalam rutinku

tak ada sebab lagi untuk aku bermuka buku setelah kutanyakan diri sendiri, untuk apa sebenarnya aku bermukabuku bila mana lebih banyak keburukannya dari kebaikannya? ah, aku ada banyak lagi sebab lain untuk bersunyi dari mukabuku, tapi biarlah rahsia.

entah. mengapa. jiwaku tenang tanpa facebook. ada waktunya aku merasakan muka buku ini dicipta untuk menambah senarai rutin manusia, menjadikan manusia lebih sibuk daripada perkara yang sedia ada menyibukkan sehingga kurangnya masa manusia untuk mengabdi kepada Tuhan semesta alam. Siang ke malam, malam ke pagi sibuk dengan gajet di tangan.

Ah, aku begitu rindu dengan suatu masa di zaman dahulu di mana aku dikhabarkan, ayat-ayat Tuhan diperdendangkan di setiap malam.

kau tahu, dunia tanpa laman sosial dan aplikasi sosial ini nikmat, seronok, cubalah. tetapi bagi mereka yang berjawatan usahawan dan usahawanita ‘online’ tak perlulah bersunyi dari laman sosial. Ini untuk manusia-manusia yang makan gaji.

Untuk percubaan seterusnya, aku merancang untuk mengurangkan keberadaanku di aplikasi sosial seperti whatsapp dan instagram.

Semoag berjaya wahai diri menjadi mujahidah

Leave a comment