Catatan Disember

Seharusnya aku tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk yang bernama manusia, menggantungkan harapan dan keinginan untuk dihargai atau apa saja. Mereka bilang jangan menggantungkan harapan atau apa-apa daripada manusia, bergantunglah kepada Tuhan semesta alam kerana tanpa DIA, kita tidak bisa apa-apa, kerana manusia itu tidak bisa berbuat apa-apa. Ya memang benar. Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa yang imannya cuma senipis kulit bawang, mana mungkin aku bisa mendidik diri untuk tidak berharap pada manusia sekelip mata melainkan aku memerlukan banyak masa.

Semalam, aku tidur bersama kekecewaan yang bertalu-talu datangnya ke kehidupan aku sehinggakan insan-insan yang lebih dekat dan penting dalam hidupku tidak terpedulikan. Aku gagal sekali lagi dalam ujian hati dan perasaan kali ini. Dua tahun tersia-sia oleh perasaan yang bukan-bukan.  Bodohnya kamu wahai diri.

Doa aku, harapan aku, semoga Tuhan menguburkan rasa yang ada ini, kerana matinya lebih baik untuk aku

Leave a comment